Kerja dalam grid Live Loops dalam GarageBand untuk iPad
Grid Live Loops ialah tempat anda merakam, memainkan dan mengedit idea muzikal anda. Grid terdiri daripada sel, yang mungkin kosong atau diisikan. Sel boleh mengandungi rakaman Instrumen Sentuh, gelung atau fail audio. Anda boleh memulakan atau menghentikan sel individu secara bebas, atau memulakan berbilang sel yang dipilih secara serentak.
Dalam grid, sel disusun dalam baris dan lajur. Setiap baris menggunakan Instrumen Sentuh yang sama, serupa dengan trek dalam paparan Tracks dan hanya satu sel dalam baris boleh dimainkan pada satu masa. Sel dalam lajur boleh mempunyai panjang yang berbeza (tempoh). Anda boleh main balik sel dalam lajur secara individu, atau memulakan main balik untuk semua sel dalam lajur secara serentak, menggunakan pencetus di bahagian bawah lajur.
Memainkan sel dan tindakan lain dalam grid mengikut seting Lekat Masa semasa. Lekat Masa memastikan bahawa perubahan anda bermula di titik yang mempunyai makna muzikal dalam masa (rentak atau bar), supaya ia selaras dengan sel lain. Anda boleh mengesetkan nilai Lekat Masa dan menukarnya semasa anda bekerja dalam grid.
Setkan nilai Lekat Masa untuk grid
Ketik nilai Lekat Masa yang terletak di penjuru kanan sebelah atas grid, kemudian pilih nilai Lekat Masa daripada menu timbul. Anda boleh mengetik nilai Lekat Masa dan meleret untuk memilih nilai dalam satu pergerakan.
Nyahaktifkan Lekat Masa
Pilih Tidak Aktif sebagai nilai Lekat Masa.
Zum masuk atau keluar grid
Lakukan salah satu daripada berikut:
Cubit pengepala baris.
Cubit pencetus lajur.
Apabila pengeditan sel diaktifkan, anda boleh mencubit terus pada grid untuk zum masuk atau keluar.
Skrol grid
Tunjukkan sebarang trek tersembunyi: Leret pengepala baris secara menegak.
Tunjukkan bahagian lain grid: Leret pencetus lajur secara mendatar.
Apabila pengeditan sel diaktifkan, anda boleh menyentuh dan menahan sel, kemudian leret secara mendatar atau menegak untuk menunjukkan bahagian lain grid.