Tambah bahagian lagu dalam GarageBand untuk iPad
Banyak lagu disusun dalam bahagian seperti pembukaan, rangkap dan korus. Setiap bahagian biasanya lapan bar panjang, atau gandaan lapan. Apabila anda mencipta lagu GarageBand, ia mengandungi satu bahagian berulang. Anda boleh menambah lebih banyak bahagian, mengesetkan panjang setiap bahagian dan main semula bahagian tunggal atau kesemua bahagian.
Apabila anda mengetik butang Bahagian Lagu, paparan Tracks bertukar untuk menunjukkan kesemua bahagian yang ada di dalam lagu dan pembaris menunjukkan abjad bagi setiap bahagian di pangkal bahagian.
Buka bahagian kawalan lagu
Ketik butang Bahagian Lagu di pinggir kanan pembaris.
Tambah bahagian lagu
Buka bahagian kawalan lagu, kemudian ketik Tambah.
Bahagian kosong yang baru, ditambah selepas bahagian terakhir.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Tambah salinan bahagian
Buka bahagian kawalan lagu, pilih bahagian yang anda ingin salin, kemudian ketik Duplikasi.
Salinan ditambah selepas bahagian terakhir.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Tukar panjang bahagian
Buka kawalan bahagian lagu.
Ketik butang Pemeriksa bersebelahan nama bahagian.
Jika bahagian disetkan kepada Automatik, ketik suis Automatik untuk menyahaktifkannya.
Ketik anak panah ke atas atau ke bawah di sebelah Manual untuk memanjangkan atau memendekkan bahagian berperingkat mengikut bar. Anda boleh leret secara menegak untuk menukarnya pada peningkatan yang lebih besar.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Apabila anda memendekkan bahagian, mana-mana rantau yang dikembangkan melangkaui penghujung bahagian akan dipendekkan. Apabila anda memanjangkan bahagian, semua rantau yang dikembangkan dari permulaan hingga ke penghujung bahagian kini di gelung ke hujung bahagian yang baru. Bahagian boleh dari apa-apa nombor bar dan keseluruhan lagu boleh mencapai sehingga 320 bar panjang.
Mainkan bahagian berlainan
Buka bahagian kawalan lagu kemudian pilih bahagian yang ingin dimainkan. Untuk memainkan kesemua bahagian dalam lagu, pilih Semua Bahagian .
Paparan Tracks berubah untuk menunjukkan bahagian dan pembaris menunjukkan nombor bar bahagian tersebut.
Dalam paparan Tracks, anda juga boleh menukar antara bahagian lagu bersebelahan dengan meleret ke kiri atau kanan sehingga bahagian seterusnya kelihatan.
Jika anda setkan pengkuantuman atau nilai alihan kedudukan yang berbeza untuk trek di bahagian yang berlainan, pengkuantuman atau nilai alihan kedudukan untuk trek muncul sebagai Berbilang apabila anda memilih Semua Bahagian.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Untuk memainkan bahagian semasa atau bahagian, ketik butang Main dalam bar kawalan.
Tukar aturan bahagian
Buka bahagian kawalan lagu, kemudian ketik Edit.
Seret bahagian ke atas atau bawah di dalam senarai dengan memegang pinggir kanannya.
Apabila anda selesai, ketik Selesai.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Lanjutkan rantau merentas berbilang bahagian
Buka bahagian kawalan lagu, kemudian ketik Semua Bahagian.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Alih, saiz semula, atau gelungkan rantau untuk mengembangkan merentasi bahagian berbilang. Anda juga boleh merakam rantau baru merentasi bahagian berbilang.
Padam bahagian
Buka bahagian kawalan lagu, kemudian ketik Edit.
Ketik bulatan merah ke kiri bahagian yang anda mahu padamkan.
Jika lagu mempunyai hanya satu bahagian, bahagian tersebut tidak boleh dipadamkan.
Ketik mana-mana dalam paparan Tracks untuk menutup kawalan bahagian lagu.
Setkan bahagian pertama lagu baru agar sepadan dengan panjang rakaman anda
Secara lalai, bahagian pertama lagu baru ialah sepanjang 8 bar. Anda boleh setkan panjang bahagian pertama lagu baru kepada Automatik, yang membolehkannya sepadan dengan panjang rakaman anda.
Pada skrin Utama, ketik Seting.
Dalam app Seting, skrol ke bawah, kemudian ketik GarageBand.
Ketik suis Panjang Rakaman Automatik.