Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Setkan orientasi tombol kawalan dalam GarageBand untuk iPad
Anda dapat mengeset sama ada tombol kawalan Instrumen Sentuh memberi respons kepada gerak isyarat linear, gerak isyarat bulatan atau kedua-duanya. Secara lalai, orientasi disetkan kepada Automatik, yang membolehkan tombol kawalan memberi respons kepada gerak isyarat linear dan bulatan.
Setkan orientasi untuk tombol kawalan
Tutup GarageBand.
Buka app Seting, pilih GarageBand, kemudian ketik Gerak Isyarat Tombol.
Pilih orientasi yang anda mahu gunakan (Automatik, Linear atau Bulatan).