Keluarkan peranti dalam Cari pada Mac
Jika anda tidak lagi menggunakan peranti, atau anda menjualnya atau memberinya kepada orang lain, anda boleh mengeluarkannya daripada Cari.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Info pada peta, kemudian klik Keluarkan Peranti Ini.
Apabila anda mengeluarkan peranti daripada Cari, Kunci Pengaktifan dikeluarkan serta-merta dan anda bebas untuk memberikan atau menjual peranti anda.
Anda juga boleh mengeluarkan Mac yang anda gunakan—pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Klik Gambaran Keseluruhan dalam bar sisi, kemudian klik Daftar Keluar.
Mendaftar keluar daripada iCloud menyahaktifkan semua ciri iCloud pada peranti. Lihat Jika anda mendaftar keluar daripada keutamaan Apple ID anda pada Mac.
Klik iCloud dalam bar sisi, kemudian nyahpilih Cari Mac Saya untuk mengeluarkan Mac anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Cari dengan peranti lain, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch, atau tapak web Sokongan AirPods.
Jika anda tidak lagi mempunyai peranti (Mac, iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch) kerana anda memberinya atau menjualnya, anda perlu memadamkannya daripada jauh sebelum anda boleh mengeluarkannya. Lihat Padam peranti secara jauh.