Keluarkan peranti dalam Cari pada Mac
Jika anda tidak lagi menggunakan peranti Apple, anda boleh mengeluarkannya daripada Cari buat sementara. Jika anda merancang untuk memberikannya atau menjualnya, anda boleh menyahaktifkan Kunci Pengaktifan dan mengeluarkannya daripada Cari.
Keluarkan peranti daripada senarai Peranti
Jika anda tidak menggunakan peranti, anda boleh mengeluarkannya daripada akaun anda buat sementara supaya ia tidak ditunjukkan dalam senarai Peranti anda. Apabila peranti dalam talian lagi, ia kelihatan semula dalam senarai.
Nyahaktifkan peranti, atau letakkan AirPods atau produk Beats di dalam bekasnya.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu keluarkan.
Klik butang Info pada peta, kemudian klik Keluarkan Peranti Ini.
Nota: Anda juga boleh Control-klik peranti dalam senarai Peranti, kemudian pilih Keluarkan Peranti Ini.
Jika anda mengeluarkan Dompet Kulit iPhone dengan sokongan Cari daripada Senarai Peranti, orang lain boleh menyambungkannya ke Apple ID mereka.
Nyahaktifkan Kunci Pengaktifan pada Mac yang anda gunakan
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, klik Apple ID , kemudian lakukan satu daripada berikut:
Klik Gambaran Keseluruhan dalam bar sisi, kemudian klik Daftar Keluar.
Mendaftar keluar daripada iCloud menyahaktifkan semua ciri iCloud pada peranti. Lihat Jika anda mendaftar keluar daripada keutamaan Apple ID anda.
Klik iCloud dalam bar sisi, kemudian nyahpilih Cari Mac Saya untuk mengeluarkan Mac anda.
Nyahaktifkan Kunci Pengaktifan pada peranti yang anda tidak lagi miliki
Jika anda menjual atau memberikan iPhone, iPad, iPod touch, Mac, atau Apple Watch anda dan anda terlupa untuk menyahaktifkan Cari [peranti] Saya, anda masih boleh mengeluarkan Kunci Pengaktifan menggunakan app Cari.
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Peranti.
Dalam senarai Peranti, pilih peranti yang anda mahu keluarkan.
Jika peranti di luar talian, pemadaman jauh bermula kali seterusnya ia bersambung ke rangkaian Wi-Fi atau selular. Anda menerima e-mel apabila peranti dipadamkan.
Apabila peranti dipadamkan, klik butang Info pada peta, kemudian klik Keluarkan Peranti Ini.
Nota: Anda juga boleh Control-klik peranti dalam senarai Peranti, kemudian pilih Keluarkan Peranti Ini.
Jika anda masih mempunyai peranti, lihat artikel Sokongan Apple untuk mendapatkan butiran penuh tentang bersedia untuk menjual, memberikan atau menukar beli iPhone, iPad, iPod touch, atau Apple Watch anda.
Untuk mendapatkan maklumat tentang menggunakan Cari dengan peranti lain, lihat panduan pengguna untuk iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch atau AirPods.