Kongsi lokasi anda dalam Cari pada Mac
Gunakan Cari untuk berkongsi lokasi anda dengan rakan dan keluarga anda daripada Mac, iPhone, iPad, iPod touch, Apple Watch anda, atau pada iCloud.com.
Nota: Untuk bermula atau berhenti berkongsi lokasi anda dengan keluarga anda, lihat Tukar keutamaan Perkongsian Lokasi dalam Perkongsian Keluarga.
Aktifkan Kongsi Lokasi Saya
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Pilih Saya dalam senarai Orang, kemudian klik butang Info pada peta.
Aktifkan Kongsi Lokasi Saya (jika belum aktif).
Untuk membenarkan permintaan perkongsian lokasi, aktifkan Benarkan Permintaan Rakan (jika ia belum aktif).
Jika anda menyahaktifkan Benarkan Permintaan Rakan, anda hanya menerima permintaan perkongsian lokasi daripada mereka yang berkongsi lokasi mereka dengan anda.
Kongsi lokasi anda
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Untuk melihat lokasi semasa anda, klik butang Lokasi Semasa di bahagian penjuru kanan bawah peta.
Klik Kongsi Lokasi Saya di bahagian bawah senarai Orang.
Taipkan nama, alamat e-mel atau nombor telefon dalam medan Kepada. Semasa anda menaip, Cari mencadangkan alamat berpadanan daripada app Kenalan atau daripada orang yang anda pernah berkongsi lokasi anda.
Anda juga boleh klik butang Tambah di sebelah kanan medan Kepada untuk melihat semua kenalan anda. Klik kenalan dalam senarai, kemudian klik alamat e-mel atau nombor telefon.
Klik Hantar, kemudian pilih tempoh anda mahu berkongsi lokasi anda.
Setkan label untuk lokasi anda
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Pilih Saya dalam senarai Orang, kemudian klik butang Info pada peta.
Klik Edit Nama Lokasi, kemudian pilih pilihan (seperti Rumah atau Gim), atau klik Tambah Label Tersuai, masukkan nama, kemudian tekan Return.
Berhenti berkongsi lokasi anda
Dalam app Cari pada Mac anda, klik Orang.
Lakukan satu daripada yang berikut:
Berhenti berkongsi dengan rakan: Dalam senarai Orang, pilih nama, klik butang Info pada peta, kemudian pilih Henti Berkongsi Lokasi Saya.
Sembunyikan lokasi anda daripada semua orang: Dalam senarai Orang, pilih Saya, klik butang Info pada peta, kemudian nyahaktifkan Kongsi Lokasi Saya.
Anda juga boleh melihat semua pemberitahuan lokasi yang anda telah cipta atau yang rakan anda telah cipta tentang anda. Lihat Setkan lokasi pemberitahuan untuk rakan.