
Uruskan panggilan telefon dalam FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan telefon dalam FaceTime, anda boleh mengurus panggilan dengan pelbagai cara, seperti memindahkan panggilan ke iPhone anda atau menggunakan panggilan menunggu. Lihat keperluan panggilan telefon FaceTime.
Nota: Panggilan telefon yang anda buat dan terima pada Mac anda menggunakan minit selular—bayaran selular mungkin dikenakan.
Semasa anda dalam panggilan telefon dalam app FaceTime pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Tukar ke panggilan video FaceTime: Klik
dalam tetingkap panggilan.
Tukar ke panggilan RTT: Klik
dalam tetingkap panggilan.
Nota: Apabila anda menukar panggilan telefon ke panggilan RTT, mikrofon kekal aktif—klik
untuk menyahaktifkan audio bagi panggilan. Lihat Sediakan dan gunakan panggilan RTT.
Gunakan panggilan menunggu: Jika anda sedang dalam panggilan dan pemberitahuan panggilan telefon baharu kelihatan, klik
. Panggilan sebelumnya ditahan. Klik Tukar untuk bertukar antara panggilan.
Pindahkan panggilan ke iPhone anda: Apabila Mac anda berada berdekatan iPhone anda, ketik
di bahagian atas skrin.
Bergantung pada cara anda menyediakan Panggilan Wi-Fi, bar hijau yang menyatakan “Sentuh untuk kembali ke panggilan” mungkin kelihatan di bahagian atas skrin pada iPhone anda apabila anda membuka kuncinya. Lihat artikel Sokongan Apple Ciri dan keperluan Kesinambungan untuk peranti Apple.
Kawal kelantangan dan pilihan audio lain: Lihat Tukar pilihan audio untuk panggilan FaceTime.