Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini

Tambah kenalan semasa menggunakan FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan FaceTime daripada seseorang yang bukan dalam senarai Kenalan anda, FaceTime membuat cadangan tentangnya dan membekalkan maklumat hubungan tambahan supaya anda boleh mencipta kad untuk orang tersebut.
Pergi ke app FaceTime
pada Mac anda.
Klik jubin untuk panggilan yang hanya menyenaraikan nombor telefon atau alamat e-mel.
Jika panggilan dilabelkan dengan “Mungkin”, klik Tambah ke Kenalan.
Masukkan maklumat orang tersebut, kemudian klik Cipta.
Anda mungkin tidak boleh menambah kenalan jika anda dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengemas kini info kenalan, lihat Kemas kini maklumat hubungan.