Tambah kenalan semasa menggunakan FaceTime pada Mac
Apabila anda membuat atau menerima panggilan FaceTime daripada seseorang yang bukan dalam senarai Kenalan anda, FaceTime membuat cadangan tentangnya dan membekalkan maklumat kenalan tambahan supaya anda boleh mencipta kad untuk orang tersebut.
Dalam app FaceTime pada Mac anda, klik Semua atau Tak Dijawab.
Jika pemanggil hanya disenaraikan dengan nombor telefon atau alamat e-mel, klik butang Info (atau gunakan Touch Bar), masukkan maklumat orang tersebut, kemudian klik Cipta. (Jika panggilan dilabelkan dengan “Mungkin,” klik Tambah Ke Kenalan, kemudian masukkan butiran kenalan.)
Anda mungkin tidak boleh menambah kenalan jika anda dihadkan oleh had komunikasi dalam Masa Skrin.
Untuk mendapatkan maklumat tentang mengemas kini info kenalan, lihat Kemas kini maklumat kenalan.