Bantuan Utiliti Cakera
Selamat Datang ke Utiliti Cakera
Gunakan Utiliti Cakera untuk menguruskan cakera, menambah dan menguruskan volum, serta menguruskan set cakera RAID.
Biarkan macOS menguruskan ruang antara berbilang volum
Dengan Sistem Fail Apple (APFS), sistem fail yang diperkenalkan dalam macOS 10.13, anda boleh menambah dan memadamkan volum pada pemacu keadaan pepejal (SSD) anda dengan mudah. Volum diformatkan APFS membesar dan mengecil secara automatik—anda tidak perlu memetakkan semula pemacu SSD lagi. Untuk melihat format volum, pilih dalam bar sisi Utiliti Cakera—format dipaparkan di bawah nama volum di bahagian tengah tetingkap.
Pastikan peranti storan luaran anda selamat
Apabila anda dapat pemacu kilat baru, formatkan sebagai APFS dan sulitkan dengan kata laluan untuk melindungi kandungannya. Untuk bermula, pilih peranti anda dalam bar sisi, klik , kemudian klik menu timbul Format dan pilih APFS (Disulitkan).
Periksa cakera anda
Jika anda mempunyai masalah dengan cakera, Utiliti Cakera boleh memeriksa cakera dan membaiki masalah yang dikesan. Untuk menyemak, pilih cakera atau volum dalam bar sisi, kemudian klik .
Mahu ketahui lebih lanjut? Lihat Format sistem fail tersedia dalam Utiliti Cakera, Sulitkan dan lindungi cakera dengan kata laluan dan Semak cakera atau volum untuk masalah.