Semak cakera atau volum untuk masalah
Anda boleh menggunakan Utiliti Cakera untuk menyemak cakera untuk masalah, kemudian baikinya menggunakan Bantuan Kecemasan. Semasa Utiliti Cakera menyemak cakera anda, komputer anda mungkin menjadi lebih perlahan.
Nota: Utiliti Cakera tidak boleh mengesan atau membaiki semua masalah yang mungkin ada pada cakera. Cakera yang tidak boleh dibaiki menggunakan Utiliti Cakera mungkin memerlukan servis.
Buka Utiliti Cakera untuk saya
Pilih Lihat > Tunjukkan Semua Peranti.
Pilih cakera atau volum dalam bar sisi, klik butang Bantuan Kecemasan , kemudian klik Jalankan .
Jika anda menjalankan Bantuan Kecemasan pada cakera, Utiliti Cakera menyemak peta petak pada cakera dan melaksanakan beberapa semakan tambahan, kemudian menyemak setiap volum. Jika anda menjalankan Bantuan Kecemasan pada volum, Utiliti Cakera mengesahkan semua kandungan volum itu sahaja.
Jika Utiliti Cakera memberitahu anda cakera atau volum akan gagal, sandarkan ia dan gantikannya. Anda tidak dapat membaikinya.
Jika Utiliti Cakera melaporkan bahawa cakera kelihatan OK, anda telah selesai. Jika tidak, anda perlu membaiki cakera.
Apabila menyemak cakera anda untuk masalah, anda juga boleh melihat log aktiviti cakera dengan mengklik Tunjukkan Butiran dalam tetingkap Bantuan Kecemasan.