Bantuan Kenalan

Selamat Datang ke Kenalan

Simpan semua maklumat kenalan anda di satu tempat yang mudah.

Tetingkap Kenalan menunjukkan bar sisi dengan kumpulan seperti Kelab Buku dan Kelab Berbasikal dan butang di bahagian bawah kad kenalan untuk menambah kenalan atau kumpulan baru.
Tetingkap untuk menambah akaun Internet ke app Kenalan.

Kumpulkan kenalan daripada semua akaun anda

Jika anda menyimpan kenalan dalam akaun Internet yang lain—seperti iCloud, Google, Facebook, LinkedIn atau Yahoo!—anda boleh mengakses semuanya dalam Kenalan. Untuk menambah kenalan anda daripada akaun Internet, hanya pilih Kenalan > Tambah Akaun, pilih jenis akaun, kemudian klik Teruskan.

Tetingkap untuk menambah Kumpulan Pintar, dengan kumpulan bernama “Kelab Buku” yang memasukkan kenalan yang mempunyai perkataan “buku’ dalam medan Nota mereka.

Cipta kumpulan secara automatik

Cipta Kumpulan Pintar dengan mengenal pasti sesuatu yang sama dengan sesetengah kenalan anda. Sebagai contoh, anda boleh mencipta Kumpulan Pintar dipanggil “Kelab Buku” yang memasukkan sebarang kenalan dengan perkataan “buku” dalam medan Nota kad mereka. Pilih Fail > Kumpulan Pintar Baru untuk bermula.

Tetingkap Kenalan dengan butang Peta bersebelahan alamat jalan.

Tunjukkannya pada peta

Lihat peta yang menunjukkan lokasi alamat kenalan. Gerakkan penuding ke alamat rumah, kemudian klik butang Peta yang muncul berdekatan tepi kanan tetingkap. Lokasi dibuka dalam app Peta.

Ketahui lebih lanjut tentang mengumpulkan kenalan, mencipta kumpulan secara automatik dan menunjukkan peta dengan Mac anda.

Berguna?
Had aksara: 250
Had aksara maksimum ialah 250.
Terima kasih atas maklum balas anda.