Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Kongsi kenalan dalam Kenalan pada Mac
Anda boleh berkongsi kad kenalan anda atau kad kenalan orang lain sebagai fail vCard (.vcf) supaya orang lain boleh menambahnya dalam senarai kenalan mereka.
Nota: Jika anda tidak mahu berkongsi nota atau foto dalam kad kenalan, pilih Kenalan > Seting, klik vCard, kemudian nyahpilih kotak semak “Eksport nota” dan “Eksport foto”.
Pergi ke app Kenalan pada Mac anda.
Pilih kad anda atau kad kenalan lain.
Klik di penjuru kanan bawah tetingkap, kemudian pilih cara berkongsi kad—sebagai contoh, dalam e-mel atau nota, atau dengan AirDrop.
Jika anda menjadikan kad anda peribadi dalam seting vCard Kenalan, medan yang anda pilih untuk tidak berkongsi tidak disertakan apabila anda berkongsi kad anda.