Tukar keutamaan Umum dalam Kenalan pada Mac
Gunakan keutamaan Umum dalam Kenalan untuk memilih bagaimana nama dan alamat ditunjukkan pada kad kenalan.
Untuk menukar keutamaan dalam app Kenalan pada Mac anda, pilih Kenalan > Keutamaan, kemudian klik Umum.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Tunjukkan Nama Pertama | Paparkan nama pertama kenalan sebelum atau selepas nama keluarga. Seting ini menentukan susunan nama dalam templat kad dalam keutamaan Templat Kenalan. |
Isih Ikut | Isih kenalan dengan nama pertama atau nama keluarga. |
Format Nama Pendek | Pilih bagaimana nama kenalan muncul dalam app seperti Mail. |
Utamakan nama gelaran | Pilih untuk tunjukkan nama gelaran bagi kenalan yang tersedia. Kenalan perlukan medan nama gelaran untuk nama gelaran muncul. |
Tunjukkan kenalan ditemui Siri dalam App | Sertakan kenalan dicadangkan daripada app lain seperti Mail. |
Format Alamat | Pilih format alamat rantau yang digunakan untuk memaparkan alamat. |
Akaun Lalai | Jika anda menggunakan berbilang akaun dalam Kenalan, pilih satu yang anda mahu tambahkan kenalan baru secara lalai. |