Gabungkan kad kenalan dalam Kenalan pada Mac
Jika anda mempunyai lebih daripada satu kad untuk kenalan dalam akaun, anda boleh gabungkan kad tersebut. Menggabungkan kad mencantumkan kad dan menyimpan semua maklumat unik dalam kad tunggal.
Dalam app Kenalan pada Mac anda, lakukan mana-mana yang berikut:
Cari kad duplikasi dan gabungkannya: Pilih Kad > Cari Duplikasi, kemudian klik Gabung.
Gabungkan kad duplikasi: Dalam senarai kenalan, pilih kad duplikasi yang anda ingin gabungkan, kemudian pilih Kad > Gabung Kad Dipilih.
Apabila anda menggunakan beberapa akaun dalam Kenalan, akhirnya anda mungkin akan mempunyai beberapa kad untuk satu kenalan—sebagai contoh, satu kad daripada Yahoo dan satu daripada Google. Anda boleh pautkan kad kenalan untuk perkemas senarai kenalan anda tanpa menggabungkan kad. Lihat Pautkan kenalan.