
Semak masa dalam Jam pada Mac
Anda boleh melihat masa di bandar di seluruh dunia.
Petua: Untuk mengakses Jam dengan cepat, klik masa dalam bar menu, kemudian klik widget Jam.

Lihat masa di bandar seluruh dunia
Anda boleh melihat masa tempatan, matahari terbit dan matahari terbenam di pelbagai bandar di seluruh dunia.
Pergi ke app Jam
pada Mac anda.
Klik Jam Dunia di bahagian atas tetingkap (atau pilih Paparan > Jam Dunia).
Untuk menambah bandar, klik
di penjuru kanan atas tetingkap.
Untuk menyusun semula jam, seretnya ke kedudukan baharu.
Anda juga boleh bertanya masa.
Siri: Cakap sesuatu seperti: “Apakah masa di Paris?” Ketahui cara menggunakan Siri.
Untuk melaraskan masa yang ditunjukkan, lihat Tukar Seting Tarikh & Masa.
Keluarkan jam bandar
Pergi ke app Jam
pada Mac anda.
Klik Jam Dunia di bahagian atas tetingkap (atau pilih Paparan > Jam Dunia).
Tahan penuding ke atas jam yang anda mahu keluarkan, kemudian klik
di penjuru kiri atas.
Sesuaikan widget Bandar dan Jam Dunia
Anda boleh menambah widget Jam ke Pusat Pemberitahuan atau desktop pada Mac anda untuk menyemak masa dengan mudah dalam bandar dipilih di seluruh dunia.

Untuk menambah widget Jam, lihat Tambah dan sesuaikan widget.
Untuk menyesuaikan widget, control-klik widget Bandar atau Jam Dunia, kemudian pilih Edit “Jam”.
Lakukan mana-mana yang berikut:
Pilih lokasi lain: Klik nama bandar, kemudian pilih lokasi lain daripada senarai.
Jika bandar yang anda mahukan tidak disenaraikan, pilih bandar lain dalam zon waktu yang sama.
Susun semula widget Jam Dunia: Seret bandar ke tertib baharu.
Klik Selesai.
Anda juga boleh menyesuaikan jam dalam bar menu anda atau menunjukkan jam besar pada penyelamat skrin dan Skrin Kunci.