Reset kata laluan Apple ID Terurus dengan Bilik Darjah
Jika pelajar terlupa kod laluan atau kata laluan Apple ID Terurus (atau meresetnya menggunakan www.appleid.com atau iCloud), anda boleh meresetnya untuk mereka.
Reset kata laluan Apple ID Terurus untuk pelajar tunggal
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih pelajar.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Klik butang Kata Laluan .
Masukkan Apple ID Terurus dan kata laluan guru anda, serta jika perlu, teruskan dengan pengesahan dua faktor, kemudian klik Selesai.
Kata laluan sementara yang dijana secara rawak kelihatan.
Beritahu kata laluan kepada pelajar.
Jika pelajar menggunakan iPad Dikongsi dan sudah berada di skrin entri kata laluan iPad Dikongsi, anda sebagai guru akan dipersembahkan dengan butang Hantar Kata Laluan. Klik butang untuk log masuk pelajar secara automatik dengan kata laluan sementara, oleh itu pelajar tidak perlu memasukkannya secara manual. Pelajar masih akan digesa untuk menukar kata laluan mereka serta-merta.