Urus AirPlay dan paparan skrin untuk Bilik Darjah dalam MDM
Sebagai guru, anda boleh menentukan hak autonomi pelajar berkaitan dengan anda melihat skrin peranti mereka. Anda melakukan ini dengan mengkonfigurasi seting yang terletak dalam penyelesaian pengurusan peranti mudah alih (MDM) anda dan dalam seting Bilik Darjah pada peranti. Rujuk penyelesaian MDM anda tentang cara mereka melaksanakan seting di bawah.
Seting | Fungsi |
---|---|
AirPlay, Lihat Skrin dengan Bilik Darjah dan perkongsian skrin. | Guru yang menggunakan Bilik Darjah tidak boleh menggunakan AirPlay, melihat skrin pelajar, atau berkongsi skrin pelajar. |
Benarkan Bilik Darjah melaksanakan AirPlay dan Lihat Skrin tanpa menggesa. (kelas berdekatan sahaja) | Pelajar dalam kelas terurus tidak digesa apabila guru menggunakan AirPlay atau Lihat Skrin. |
Bilik Darjah dapat memfokuskan pelajar pada app tunggal dan mengunci peranti tanpa menggesa. | Guru boleh mengunci app terbuka atau mengunci peranti tanpa menggesa pengguna terlebih dahulu. |
Menyertai kelas Bilik Darjah secara automatik tanpa menggesa. | Pelajar tidak digesa untuk menyertai kelas. |
Perlukan keizinan guru untuk meninggalkan kelas Bilik Darjah yang dicipta oleh guru. | Pelajar mesti meminta keizinan sebelum mereka boleh meninggalkan kelas yang dicipta oleh guru. |