Senyapkan peranti pelajar dengan Bilik Darjah
Anda boleh menyenyapkan peranti pelajar (kelas berdekatan sahaja). Ini menetapkan kelantangan kepada sifar. Jika pelajar mahu, mereka boleh menaikkan kelantangan lagi secara manual.
Nota: Tindakan ini mengurangkan kelantangan untuk media sahaja. Bunyi sistem dan isyarat masih boleh didengar.
Senyapkan peranti berbilang pelajar (kelas berdekatan sahaja)
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Pilih Semua Pelajar dalam bar sisi.
Pilih kumpulan khusus dalam bar sisi.
Cipta kumpulan secara manual, kemudian pilih kumpulan dalam bar sisi.
Klik Pilih di penjuru atas kanan skrin, pilih pelajar khusus, kemudian klik Selesai.
Dalam baris tindakan, klik butang Tindakan , kemudian klik Senyap untuk menyenyapkan peranti untuk setiap pelajar.
Klik Selesai.
Senyapkan peranti pelajar tunggal (kelas berdekatan sahaja)
Dalam Bilik Darjah , pilih kelas dalam bar sisi.
Pilih pelajar.
Tetingkap Tindakan kelihatan.
Klik Senyap untuk menyenyapkan peranti pelajar.
Klik Selesai.