Sembunyikan dan nyahsembunyikan buku dan buku audio yang dibeli dalam Buku pada Mac
Anda boleh menyembunyikan buku dan buku audio dalam pustaka anda yang anda tidak mahu lihat pada sebarang peranti. Item tersembunyi tidak akan muncul dalam pustaka anda atau dalam iCloud. Jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga, ahli keluarga anda tidak boleh melihat atau memuat turun item yang anda sembunyikan.
Sembunyikan buku atau buku audio
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik Semua (atau koleksi lain) dalam bar sisi.
Klik untuk item, pilih Keluarkan, kemudian pilih Sembunyikan Buku atau Sembunyikan Buku Audio.
Jika anda tidak melihat Sembunyikan Buku atau Sembunyikan Buku Audio, pastikan anda mendaftar masuk ke Akaun Apple anda.
Nyahsembunyikan buku atau buku audio
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Pilih Akaun > Lihat Akaun.
Klik Urus Pembelian Tersembunyi.
Jika diminta, masukkan kata laluan anda.
Klik Nyahsembunyi.