Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Isih buku dan buku audio anda dalam Buku pada Mac
Terdapat beberapa cara untuk melihat dan mengisih buku, buku audio dan PDF dalam pustaka anda.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik bahagian di bawah Pustaka dalam bar sisi.
Lakukan mana-mana daripada yang berikut:
Lihat item dalam grid atau senarai: Klik butang Lagi , kemudian pilih Grid atau Senarai.
Isih item: Klik butang Lagi , kemudian pilih pilihan di bawah “Isih ikut”. Jika anda memilih Manual, anda boleh menyeret dan melepaskan item untuk memindahkannya ke kedudukan yang anda mahu.