Lihat buku dan buku audio mengikut bahasa, negara, atau rantau dalam Buku pada Mac
Apabila anda mencari buku atau buku audio, anda boleh melihat hasil untuk tajuk tersedia dalam bahasa lain atau daripada negara atau rantau lain.
Nota: Kedai Buku dan Kedai Buku Audio tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Cari buku dan buku audio dalam bahasa lain
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik dalam medan carian, masukkan tajuk dalam bahasa yang anda mahukan, kemudian tekan Return.
Singkatan mungkin kelihatan bersebelahan tajuk untuk menunjukkan bahawa buku atau buku audio dalam bahasa yang berbeza. Sebagai contoh, FR mungkin kelihatan untuk item dalam bahasa Perancis.
Tukar seting negara atau rantau
Pergi ke app Buku pada Mac anda.
Klik nama anda di penjuru kiri bawah, klik Seting Akaun, klik Seting Akaun lagi, kemudian klik OK.
Maklumat akaun anda dibuka dalam App Store (Anda mungkin perlu mendaftar masuk ke Akaun Apple anda dalam App Store.)
Klik Tukar Negara atau Rantau, kemudian ikut arahan atas skrin. Lihat artikel sokongan Apple Tukar negara atau rantau Akaun Apple anda.