Muat turun buku yang dibeli dan dikemas kini dalam Buku pada Mac
Jika anda membeli buku daripada Kedai Buku pada peranti lain, anda boleh memuat turun buku tersebut pada Mac anda. Anda boleh memuat turun buku yang dibeli oleh ahli keluarga (jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga) dan mendapatkan kemas kini buku.
Muat turun buku yang anda beli pada peranti lain
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk membeli atau memuat turun buku.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Pustaka dalam bar alat.
Klik Semua Buku, klik Isih Ikut (di bahagian kanan atas pustaka anda), kemudian pilih Tunjukkan Buku iCloud.
Jika anda melihat Sembunyikan Buku iCloud, buku telah dipaparkan.
Dwiklik buku yang mempunyai ikon status iCloud untuk memuat turun dan membukanya.
Buku tersembunyi tidak akan muncul dan tidak boleh dimuat turun.
Petua: Anda boleh membuatkan buku yang anda beli pada peranti lain dimuat turun secara automatik pada Mac anda. Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Buku > Keutamaan, klik Kedai, kemudian pilih “Muat turun pembelian baru secara automatik”.
Muat turun buku yang dibeli oleh ahli keluarga
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk Perkongsian Keluarga.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Kedai Buku dalam bar alat (atau pilih Kedai > Laman Utama Kedai).
Di sebelah kanan di bawah Pautan Pantas, klik Dibeli.
Bersebelahan Dibeli, klik nama anda, kemudian pilih ahli keluarga lain.
Klik ikon status iCloud pada buku yang anda mahu tambah ke pustaka anda.
Anda mungkin diminta untuk memasukkan maklumat akaun anda.
Buku tersembunyi tidak akan muncul dan tidak boleh dimuat turun.
Muat turun kemas kini buku
Dalam app Buku pada Mac anda, di penjuru kanan atas pustaka anda atau Kedai Buku, klik butang Muat Turun .
Butang Muat Turun hanya ditunjukkan apabila kemas kini buku tersedia.
Pilih buku tertentu untuk kemas kini atau klik Kemas Kini Semua.
Jika anda menggunakan iCloud untuk Buku, sebarang buku dan PDF yang anda import pada peranti lain dimuat turun ke Mac anda secara automatik selagi ia mempunyai ruang storan yang mencukupi.