Muat turun buku atau buku audio yang dibeli dan dikemas kini dalam Buku pada Mac
Jika anda membeli buku atau buku audio daripada Kedai Buku atau Kedai Buku Audio pada peranti lain, anda boleh memuat turun dan melihat pembelian tersebut pada Mac anda. Anda juga boleh memuat turun buku dan buku audio yang dibeli oleh ahli keluarga (jika anda menggunakan Perkongsian Keluarga) dan mendapatkan kemas kini.
Muat turun buku yang anda beli pada peranti lain
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk membeli atau memuat turun buku.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Buku dalam bar sisi.
Pilih Paparan > Tunjukkan Buku iCloud.
Jika anda melihat Sembunyikan Buku iCloud, buku telah dipaparkan.
Dwiklik buku yang mempunyai ikon status iCloud untuk memuat turun dan membukanya.
Petua: Anda boleh membuatkan buku yang anda beli pada peranti lain dimuat turun secara automatik pada Mac anda. Dalam app Buku pada Mac anda, pilih Buku > Keutamaan, klik Kedai, kemudian pilih “Muat turun pembelian baru secara automatik”.
Muat turun buku audio yang anda beli pada peranti lain
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk membeli atau memuat turun buku.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Ditampilkan (di bawah Kedai Buku Audio) dalam bar sisi.
Di sebelah kanan di bawah Pautan Pantas, klik Dibeli.
Klik untuk memuat turun dan membuka buku audio.
Muat turun buku dan buku audio yang dibeli oleh ahli keluarga
Anda mesti mendaftar masuk ke Kedai Buku atau Kedai Buku Audio dengan Apple ID yang sama dengan yang anda gunakan untuk Perkongsian Keluarga.
Dalam app Buku pada Mac anda, klik Ditampilkan (di bawah Kedai Buku atau Kedai Buku Audio) dalam bar sisi.
Di sebelah kanan di bawah Pautan Pantas, klik Dibeli.
Bersebelahan Dibeli, klik nama anda, kemudian pilih ahli keluarga lain.
Klik ikon status iCloud untuk buku atau buku audio yang anda mahu tambah ke pustaka anda.
Anda mungkin diminta untuk memasukkan Apple ID anda.
Muat turun kemas kini buku atau buku audio
Dalam app Buku pada Mac anda, klik butang Muat turun dari iCloud di sebelah Semua Buku dalam bar sisi.
Butang Muat turun dari iCloud menunjukkan kemas kini tersedia dan buku serta buku audio yang terbaru dimuat turun.
Pilih buku dan buku audio tertentu untuk dikemas kini atau klik Kemas Kini Semua.
Muat turun buku audio yang dibeli pada audible.com
Audible ialah tapak web pihak ketiga yang menjual buku audio dan program pertuturan yang lain.
Anda boleh memuat turun item yang anda beli daripada Audible ke Buku dan mendengarnya pada Mac, iPhone, iPad, atau iPod touch anda.
Sebelum anda boleh mendengar buku audio daripada tapak web Audible, komputer anda perlu dibenarkan pada audible.com.
Daftar masuk ke audible.com.
Cari buku audio yang anda mahu tambah ke pustaka anda dalam Buku, kemudian klik Muat Turun.
Buku audio dimuat turun ke folder Muat Turun anda.
Buka folder Muat Turun, cari buku audio, kemudian lakukan mana-mana yang berikut:
Klik buku audio.
Seret buku audio ke tetingkap app Buku.
Dalam app Buku , pilih Fail > Tambah ke Pustaka, pergi ke folder Muat Turun, pilih buku audio, kemudian klik Tambah.
Buku audio yang dimuat turun muncul dalam Buku Audio pada pustaka anda dalam Buku.
Tukar seting anda untuk muat turun dan pembelian
Pada Mac anda, pilih Menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Apple ID.
Klik Media & Pembelian (dalam bar sisi).
Pilih pilihan anda.
Jika anda menggunakan iCloud untuk Buku, sebarang buku dan PDF yang anda import pada peranti lain muncul pada Mac anda secara automatik.
Buku dan buku audio tersembunyi tidak kelihatan dan tidak boleh dimuat turun.