Baru dalam Beats untuk Android
App Beats untuk Android menggantikan app Beats Pill+, menggabungkan semua ciri app tersebut untuk speaker Pill+ dengan alat baru untuk mengurus fon kepala dan fon telinga Beats anda.
Persediaan peranti yang mudah Di samping menyediakan speaker Pill+, anda kini boleh menyediakan fon kepala dan fon telinga anda dengan cepat dalam app Beats. Lihat Perkenalkan peranti anda kepada app Beats untuk Android.
Namakan semula fon kepala atau fon telinga anda Di samping menamakan semula speaker Pill+, anda boleh menamakan semula fon kepala dan fon telinga anda dengan nama tersuai, atau memilih nama yang dicadangkan oleh app Beats. Lihat Namakan semula peranti anda.
Maklumat bateri Anda kini boleh memantau paras cas speaker Pill+ anda dengan cepat daripada dalam app Beats. Paras cas fon kepala dan fon telinga anda juga dipaparkan dalam app Beats. Semak Lihat paras bateri peranti anda.
Akses maklumat perkakasan Anda boleh mengakses nombor siri peranti anda dengan cepat daripada dalam app Beats. Semak Lihat maklumat perkakasan peranti anda.