Kawal pembatalan hingar pada fon kepala Studio3 anda dalam app Beats untuk Android
Fon kepala Wayarles Beats Studio3 termasuk ciri Pembatalan Hingar Adaptif Tulen (ANC)—bentuk pembatalan hingar yang menyekat bunyi luaran. Anda boleh mengaktifkan atau menyahaktifkan ANC dalam app Beats.
Nota: ANC tidak tersedia pada fon kepala Solo3, atau pada fon telinga Powerbeats Pro, BeatsX, atau Powerbeats3.
Aktifkan atau nyahaktifkan ANC
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Beats Studio3.
Ketik untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan ANC.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang ANC, lihat https://www.beatsbydre.com.