Perkenalkan peranti anda kepada app Beats untuk Android
Untuk mengurus fon kepala, fon telinga, atau speaker Pill+ anda, tambah peranti Beats disokong anda dahulu ke app Beats.
Sambungkan peranti anda ke app Beats
Selepas anda memasang app Beats untuk Android, buka app.
Ketik Mulakan.
Ikuti arahan pada skrin untuk seting analitis dan privasi dan untuk seting akses lokasi.
Anda boleh menukar akses lokasi dan analitis app dalam skrin Seting App.
Dalam skrin Pilih Beats Anda, ketik peranti anda.
Ikuti arahan pada skrin untuk menghidupkan kuasa dan menyambungkan peranti Beats anda.
Nota: Jika peranti anda tidak boleh dipasangkan menerusi app Beats, mesej “Tiada Beats ditemui” muncul. Ketik Seting Bluetooth® untuk menyambungkan peranti menggunakan Sambungan > Bluetooth dalam Seting Android.
Apabila peranti Beats anda ditemui, ketik Sambung.
Selepas anda menyambungkan peranti anda, skrin peranti muncul dan anda boleh:
Apabila peranti anda dipasangkan dengan app Beats, peranti dipaparkan pada skrin setiap kali ia dihidupkan dan berada dalam liputan telefon Android anda. Ketik kad produk untuk membuka seting peranti Beats dalam app Beats.
Jika app Beats tidak boleh mencari peranti anda
Dalam app Beats untuk Android, ketik Bantu Sambungkan, kemudian ikuti arahan pada skrin.
Tambah lebih banyak peranti Beats ke app
Buka app Beats untuk Android, ketik , kemudian ketik Tambah Beats Baru.
Dalam skrin Pilih Beats Anda, ketik peranti anda.
Ikuti arahan pada skrin untuk menghidupkan kuasa dan menyambungkan peranti Beats anda.
Nota: Jika peranti anda tidak boleh dipasangkan menerusi app Beats, mesej “Tiada Beats ditemui” muncul. Ketik Seting Bluetooth untuk menyambungkan peranti anda menggunakan seting Bluetooth telefon Android.