Sesuaikan Beats anda
App Beats memudahkan anda memberi nama yang mencerminkan gaya anda kepada fon telinga, fon kepala, atau speaker Pill+ Beats anda. App Beats juga boleh mencadangkan beberapa nama peranti yang menarik.
Ketahui kuasa anda
Anda mahu memulakan latihan? App Beats membantu memastikan fon telinga, fon kepala, atau speaker Pill+ Beats anda bertenaga seperti anda.
Sampaikan bunyi dengan cara yang anda mahukan
Gunakan app Beats untuk memilih mod pendengaran pada fon telinga Beats Studio Buds, fon telinga Beats Fit Pro, atau fon kepala Solo Pro anda. Pembatalan Bunyi Aktif untuk menghalang bunyi luaran atau Ketelusan untuk kekal sedar akan persekitaran anda.
Tukar saluran
Gunakan app Beats untuk mencipta kumpulan stereo dengan dua speaker Pill+, satu untuk saluran audio kiri dan satu lagi untuk saluran audio kanan.