Paparkan seting peranti anda dalam app Beats untuk Android
Anda boleh mengakses seting pada peranti Beats anda dengan cepat untuk melihat paras casnya, menamakannya semula, melihat maklumat perkakasannya, mendaftarkannya dan banyak lagi.
Jika anda telah menambahkan peranti anda ke app Beats sebelum ini, langkau ke langkah kedua.
Tambah peranti anda ke app Beats untuk Android.
Dalam skrin peranti, skrol untuk melihat seting tersedia untuk peranti disambungkan anda.
Petua: Daripada skrin lain dalam app, anda juga boleh mengetik , kemudian mengetik Beats Saya untuk memaparkan skrin peranti disambungkan anda.