
Senyapkan atau nyahsenyapkan mikrofon pada fon kepala atau fon telinga anda dalam app Beats untuk Android
Pada sesetengah fon kepala dan fon telinga Beats, anda boleh mengesetkan bilangan butang multifungsi (MFB) ditekan untuk menyenyapkan/menyahsenyapkan mikrofon anda semasa panggilan telefon.
Dalam app Beats untuk Android, ketik
, kemudian ketik Beats Saya untuk memaparkan skrin peranti.
Skrol ke bawah, ketik Senyap & Nyahsenyap, kemudian pilih tindakan:
Tekan Sekali: Senyapkan atau nyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan MFB satu kali.
Tekan Dua Kali: Menenyapkan atau menyahsenyapkan mikrofon apabila anda menekan MFB dua kali.