Gunakan app Beats untuk Android bagi mengaktifkan atau menyahaktifkan isyarat audio Pill+
Speaker Pill+ memainkan isyarat audio apabila anda menghidupkan atau mematikan speaker, atau bersambung ke speaker. Gunakan app Beats untuk menyahaktifkan isyarat audio.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Pill+, kemudian skrol ke Bunyi.
Ketik butang Bunyi Aktif untuk menyahaktifkan isyarat audio; ketik butang Bunyi Tak Aktif untuk mengaktifkan isyarat audio.