Paparkan seting peranti anda dalam app Beats untuk Android
Anda boleh mengakses seting peranti Beats anda dengan cepat untuk melihat paras casnya, menamakannya semula, melihat maklumat perkakasannya, atau mendaftarkannya.
Jika anda telah menyambungkan peranti anda ke app Beats sebelum ini, langkau ke langkah kedua.
Sambungkan peranti anda ke app Beats untuk Android.
Nota: Jika peranti anda tidak bersambung secara automatik ke app Beats, ketik Bantu Sambungkan, kemudian ikuti arahan atas skrin.
Dalam skrin peranti, skrol untuk melihat seting tersedia untuk peranti disambungkan anda.
Petua: Daripada skrin lain dalam app, anda juga boleh mengetik , kemudian mengetik Beats Saya untuk memaparkan skrin peranti disambungkan anda.