Panduan Pengguna Beats
App Beats untuk Android
Sesuaikan Beats anda
App Beats memudahkan anda memberi nama yang mencerminkan gaya anda kepada fon telinga, fon kepala, atau speaker Beats anda. App Beats juga boleh mencadangkan beberapa nama peranti yang menarik.
Ketahui kuasa anda
Anda mahu memulakan latihan? App Beats membantu memastikan fon telinga, fon kepala, atau speaker Beats anda bertenaga seperti anda.
Sampaikan bunyi dengan cara yang anda mahukan
Gunakan app Beats untuk memilih mod pendengaran pada fon kepala atau fon telinga Beats anda. Pilih Pembatalan Bunyi Aktif untuk menyekat bunyi luaran. Pilih Ketelusan untuk kekal sedar dengan persekitaran anda.
Kuatkannya atau tukar saluran
Gunakan app Beats untuk menambah speaker Pill kedua untuk menguatkan bunyi anda. Atau mainkan saluran audio kiri daripada satu speaker dan saluran audio kanan daripada speaker lain untuk pengalaman bunyi yang lebih dinamik.