App Beats untuk Android sekilas pandang
App Beats memudahkan anda mengurus fon kepala, fon telinga dan speaker Pill+ Beats anda daripada telefon Android anda, membenarkan anda:
Sambungkan fon kepala, fon telinga, atau speaker Pill+ berbeza ke app Beats dengan cepat
Namakan semula fon telinga, fon kepala, atau speaker Pill+ dengan label yang mencerminkan gaya anda atau yang membantu membezakan peranti
Pantau paras cas fon kepala, fon telinga, atau speaker Pill+ anda
Daftarkan fon kepala, fon telinga, atau speaker Pill+ anda
Lihat maklumat perkakasan peranti anda
App Beats juga meningkatkan ciri speaker Pill+, membolehkan anda:
Tambah speaker Pill+ kedua untuk menguatkan bunyi anda dengan main balik serentak daripada kedua-dua speaker
Gunakan dua speaker Beats Pill+ untuk mencipta output stereo dengan main balik saluran kiri dan saluran kanan berdedikasi
Ajak rakan dan adakan sesi DJ dengan memainkan lagu secara bergilir daripada dua telefon Android berbeza
Kawal isyarat audio pada speaker Pill+ anda, termasuk bunyi permulaan dan penutupannya
App Beats bukan pemain muzik—ia digunakan sebagai tambahan kepada pemain muzik pilihan anda, seperti Apple Music, Spotify, atau Bandcamp.