
Cipta kumpulan kuatkan atau stereo dengan dua speaker Pill+ dalam app Beats untuk Android
App Beats membolehkan anda menambah speaker Pill+ kedua dan mainkan secara serentak dari kedua-dua speaker untuk dua kali ganda bunyi. Atau mainkan daripada kedua-dua speaker sebagai output stereo untuk pengalaman bunyi yang lebih dinamik.
Nota: Jika anda menggunakan speaker Beats Pill, lihat Cipta kumpulan kuatkan atau stereo dengan dua speaker Pill.

Tambah speaker Pill+ kedua untuk mencipta kumpulan Kuatkan atau Stereo
Sebelum mencipta kumpulan Kuatkan, pastikan speaker Pill+ pertama dihidupkan dan disambungkan ke telefon Android anda.
Dalam app Beats untuk Android, paparkan skrin peranti Pill+, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Kuatkan bunyi anda (mainkan audio yang sama daripada kedua-dua speaker): Ketik Kuatkan
.Dengar dalam stereo (mainkan saluran audio kiri daripada satu speaker dan saluran audio kanan daripada speaker lain): Ketik Stereo
.

Nota: Jika anda sedang mainkan muzik, main balik mungkin terjeda sehingga kumpulan Kuatkan atau Stereo dicipta.
Pastikan speaker kedua dihidupkan dan boleh ditemui.
Butang
pada speaker berdenyut menandakan Pill+ dalam mod penemuan, sedia untuk dipasangkan. Jika ia tidak berdenyut, tekan
selama 3 saat untuk memulakan mod penemuan.Dalam skrin Pilih Pill+, ketik nama speaker yang anda mahu tambah ke kumpulan Kuatkan atau Stereo.
Kumpulan dicipta.
Laras kelantangan speaker Pill+ kumpulan Kuatkan
Dalam app Beats untuk Android, anda boleh laraskan kelantangan setiap speaker dalam kumpulan Kuatkan secara berasingan atau serentak.
Laras kelantangan setiap speaker secara berasingan: Seret gelangsar kelantangan ke kiri atau ke kanan.

Kawalan kelantangan hanya tersedia semasa trek dimainkan.
Anda juga boleh melaraskan kelantangan setiap speaker menggunakan butang kawalan kelantangan

pada setiap speaker Pill+.Laras kelantangan kedua-dua speaker secara serentak: Gunakan butang kelantangan pada telefon Android dipasangkan anda atau kawalan kelantangan atas skrin dalam app muzik anda. Kedua-dua speaker mengubah kelantangan pada kadar yang sama. Jika satu speaker disetkan ke kelantangan lebih rendah, kelantangan berubah secara berkadaran.
Laras kelantangan speaker Pill+ kumpulan Stereo
Apabila anda melaraskan kelantangan speaker dalam kumpulan Stereo, semua speaker dilaraskan secara serentak.
Lakukan salah satu daripada berikut:
Tekan butang kawalan kelantangan

pada mana-mana speaker Pill+.Gunakan butang kelantangan pada telefon Android dipasangkan anda atau kawalan kelantangan atas skrin dalam app muzik anda.
Tukar saluran audio kumpulan Stereo antara speaker Pill+
Dalam app Beats untuk Android, ketik
dalam skrin peranti speaker.Speaker Pill+ yang memainkan saluran kanan kini memainkan saluran kiri dan sebaliknya.
Nyahdaya kumpulan Kuatkan atau Stereo Pill+
Dalam skrin peranti speaker dalam app Beats untuk Android, lakukan salah satu daripada berikut:
Ketik Kuatkan
atau Stereo
.Ketik Putuskan Kumpulan.
Dalam kad yang muncul, ketik “Putuskan kumpulan”.

Output kembali ke speaker pertama dipasangkan.
Anda tidak boleh menggunakan mod Kuatkan dan mod Stereo pada masa yang sama.