Gunakan pemboleh ubah dalam Automator pada Mac
Anda boleh menambah pemboleh ubah ke medan atau menu timbul tindakan yang serasi atau menambah pemboleh ubah ke aliran kerja dan menjadikan nilai pemboleh ubah itu digunakan oleh tindakan yang menyusul.
Klik Pemboleh Ubah di penjuru kiri atas tetingkap Automator, kemudian pilih kategori daripada Pustaka.
Pemboleh ubah berkaitan dengan kategori itu dipaparkan.
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Tambah pemboleh ubah ke tindakan khusus: Seret pemboleh ubah yang anda ingin gunakan ke atas medan atau menu timbul tindakan. Tanda tambah berwarna hijau
muncul jika pemboleh ubah serasi.
Tambah pemboleh ubah ke aliran kerja anda: Seret pemboleh ubah yang anda ingin gunakan ke dalam aliran kerja anda. Tindakan Dapatkan Nilai Pemboleh Ubah ditambah ke aliran kerja. Nilai pemboleh ubah diserahkan ke tindakan seterusnya.
Petua: Pilih Paparan > Pemboleh Ubah untuk menunjukkan nilai pemboleh ubah dalam kawasan Log semasa aliran kerja anda berjalan.