Gunakan tindakan gelung untuk mengulang sebahagian aliran kerja anda dalam Automator pada Mac
Gunakan tindakan gelung untuk menjalankan bahagian aliran kerja secara berulang. Anda boleh setkan tindakan untuk bilangan gelungan yang tertentu atau untuk membuatnya berjalan selama kadar waktu yang disetkan.
Tindakan gelung mengulangi tindakan yang dijalankan sebelumnya dalam aliran kerja. Tindakan yang diletakkan selepas tindakan gelung dalam aliran kerja tidak berjalan sehingga syaratnya telah dipenuhi bagi aliran kerja untuk keluar daripada gelung tersebut.
Klik Tindakan di penjuru kiri atas tetingkap Automator, kemudian klik Utiliti dalam Pustaka.
Seret tindakan Gelung ke dalam aliran kerja anda, kemudian lakukan salah satu daripada berikut:
Untuk menjadikan dialog kelihatan apabila tindakan berjalan bertanya jika anda mahukan gelung diteruskan, pilih “Tanya untuk teruskan”.
Untuk mengulangi secara automatik tanpa meminta, pilih “Gelung secara automatik,” masukkan nombor dalam medan “Berhenti selepas”, kemudian pilih jenis syarat yang anda mahu aliran kerja itu berhenti berulang.