Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Tambah pemboleh ubah ke tindakan dalam Automator pada Mac
Anda boleh menambah pemboleh ubah ke medan atau menu timbul daripada sesuatu tindakan yang serasi. Nilai pemboleh ubah dinilai dan digunakan oleh tindakan apabila aliran kerja itu berjalan.
Klik Pemboleh Ubah di penjuru kiri atas tetingkap Automator, kemudian pilih kategori daripada Pustaka.
Pemboleh ubah berkaitan dengan kategori itu dipaparkan.
Seret pemboleh ubah yang anda ingin gunakan ke atas medan atau menu timbul tindakan.
Tanda tambah berwarna hijau muncul jika pemboleh ubah serasi.
Apabila anda menggunakan pemboleh ubah dalam medan teks, pemboleh ubah boleh digunakan dalam baris dengan teks lain. Apabila aliran kerja berjalan, pemboleh ubah dinilai dan nilai pemboleh ubah muncul sebagai sebahagian daripada teks dalam medan tersebut.