Gunakan aliran kerja Tindakan Cepat pada Mac
Jika anda mempunyai aliran kerja yang anda kerap gunakan—sebagai contoh, menambah tera air ke set imej yang banyak—dan anda mahu jadikannya mudah dicapai, anda boleh mencipta aliran kerja Tindakan Cepat. Ia tersedia kemudian daripada tetingkap Finder, menu Perkhidmatan, atau Touch Bar (pada Mac dengan Touch Bar).
Cipta aliran kerja Tindakan Cepat
Dalam app Automator pada Mac anda, pilih Fail > Baharu.
Pilih Tindakan Cepat, kemudian klik Pilih.
Tentukan mana-mana daripada berikut:
Aliran kerja menerima semasa: Jenis data yang digunakan sebagai input aliran kerja. Jika anda memilih Automatik, Automator meneka jenis input yang anda mahu gunakan dalam aliran kerja anda.
Nota: Hanya Tindakan Cepat yang menerima fail sebagai input tersedia dalam tetingkap Finder.
Aplikasi: App yang anda mahu gunakan untuk memproses aliran kerja anda. Setiap app mesti dibuka untuk aliran kerja tersedia.
Input adalah: Jika aliran kerja menerima input daripada URL, alamat, nombor telefon, tarikh, atau alamat e-mel, anda boleh menentukan pilihan input berbeza.
Output menggantikan teks dipilih: Apabila aliran kerja menerima input daripada Teks atau Teks Beraneka, anda boleh tentukan yang output menggantikan teks dipilih.
Imej: Imej untuk Tindakan Cepat anda. Anda boleh memilih imej pada Mac anda atau pilih imej daripada menu.
Warna: Warna untuk Tindakan Cepat anda (kelihatan dalam Touch Bar sahaja).
Tambah tindakan ke aliran kerja anda.
Untuk menyimpan aliran kerja anda, pilih Fail > Simpan.
Selepas anda mencipta Tindakan Cepat, ia muncul secara automatik dalam menu timbul Tindakan di bahagian atas tetingkap Finder, di bahagian bawah anak tetingkap pratonton tetingkap Finder dalam paparan Lajur atau Galeri dan dalam menu Perkhidmatan. Anda juga boleh mengakses Tindakan Cepat dalam Touch Bar dengan menambah butang Tindakan Cepat.
Tambah butang Tindakan Cepat ke Touch Bar
Untuk mengakses Tindakan Cepat daripada Touch Bar, anda mesti menambahkan butang Tindakan Cepat. Anda hanya perlu melakukan ini sekali.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sambungan .
Di sebelah kiri, klik Touch Bar.
Klik Sesuaikan Control Strip.
Seret butang Tindakan Cepat ke bahagian bawah skrin sehingga ia muncul dalam Touch Bar.
Klik Selesai.
Pilih Tindakan Cepat yang muncul dalam Finder dan Touch Bar
Secara lalai, semua aliran kerja Tindakan Cepat muncul dalam tetingkap Finder, menu Perkhidmatan dan Touch Bar. Anda boleh menukar Tindakan Cepat yang muncul dalam Finder dan Touch Bar.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Sambungan .
Klik Finder.
Pilih kotak semak bersebelahan setiap tindakan yang anda mahu jadikan tersedia daripada Finder.
Klik Touch Bar.
Pilih kotak semak bersebelahan setiap tindakan yang anda mahu jadikan tersedia daripada Touch Bar.
Setkan keutamaan untuk Tindakan Cepat dalam Touch Bar
Anda boleh mengesetkan Touch Bar untuk menunjukkan hanya Tindakan Cepat, atau menjadikan Tindakan Cepat muncul hanya apabila anda menekan kekunci Fungsi.
Pilih menu Apple > Keutamaan Sistem, kemudian klik Papan Kekunci .
Lakukan salah satu daripada yang berikut:
Untuk menjadikan Touch Bar menunjukkan hanya Tindakan Cepat, klik menu timbul “Touch Bar menunjukkan”, kemudian pilih Tindakan Cepat.
Untuk menjadikan Tindakan Cepat muncul apabila anda menekan kekunci Fungsi, klik menu timbul “Tekan dan tahan Kekunci Fn untuk” kemudian pilih Tunjukkan Tindakan Cepat.