Sediakan dan gunakan fon telinga Powerbeats3 Wireless anda
Berikut ialah semua perkara yang perlu anda tahu untuk memanfaatkan fon telinga Powerbeats3 Wireless anda sepenuhnya.
Hidupkan dan caskan fon telinga anda
Untuk menghidupkan atau mematikan fon telinga anda, tekan dan tahan butang kuasa selama 1 saat.
Untuk mengecas fon telinga anda, palamkan fon kepala kepada sumber kuasa menggunakan kabel mikro USB yang disertakan. Fon telinga anda mempunyai kuasa main balik hingga 12 jam setelah pengecasan penuh dan main balik hingga 1 jam dengan pengecasan selama 5 minit.
Apabila fon telinga anda dihidupkan dan disediakan, lampu penunjuk LED pada fon telinga kiri menunjukkan baki masa mendengar:
Putih: Sehingga 12 jam lagi
Merah: Kurang daripada sejam lagi
Merah berkelip: Perlu dicas
Ganding fon telinga anda
Ketahui cara menggandingkan fon telinga Powerbeats3 anda dengan peranti anda.
Jika lampu penunjuk pada fon telinga anda hidup tetapi tidak berkelip, itu bermaksud fon telinga anda sudah pun disediakan dengan peranti. Dalam hal ini, ikut langkah untuk menyambungkan fon telinga ke peranti lain.
Ganding dengan iPhone yang menggunakan iOS 10 atau lebih baru
Jika anda mempunyai iPhone dengan iOS 10 atau lebih baru, ikuti langkah ini.
Pegang fon telinga anda di sebelah iPhone anda yang tidak berkunci.
Tekan butang kuasa pada fon telinga anda selama 1 saat.
Selepas beberapa saat, iPhone akan meminta anda bersambung. Jika peranti itu tidak bersambung, tekan butang kuasa pada fon telinga anda selama 5 saat.
Ikut arahan pada iPhone anda.
Apabila anda menyediakan fon telinga anda dengan cara ini, fon telinga tersebut disediakan secara automatik dengan peranti anda yang lain yang didaftar masuk ke iCloud dan menggunakan iOS 10 atau lebih baru, macOS Sierra atau lebih baru atau watchOS 3 atau lebih baru.
Ganding dengan Mac anda atau peranti lain yang menggunakan Bluetooth
Jika anda mempunyai peranti Bluetooth yang lain, ikut langkah ini untuk menggandingkan fon telinga anda dengan peranti itu:
Tekan butang kuasa selama 5 saat. Apabila lampu penunjuk anda berkelip, itu bermaksud fon telinga anda boleh ditemui.
Pergi ke seting Bluetooth pada peranti anda.
Pilih fon telinga anda daripada senarai peranti Bluetooth yang ditemui.
Ganding dengan peranti Android
Jika anda mempunyai peranti Android, ikuti langkah ini:
Dapatkan app Beats untuk Android.
Tekan butang kuasa selama 5 saat. Apabila lampu penunjuk anda berkelip, itu bermaksud fon telinga anda boleh ditemui.
Pilih Sambung pada peranti Android anda.
Guna fon telinga anda
Ketahui cara untuk memainkan muzik, mengubah kelantangan dan menjawab panggilan.
Main muzik
Untuk mengawal main balik audio, gunakan butang tengah pada kabel RemoteTalk:
Tekan sekali untuk memainkan atau menjeda main balik audio.
Tekan dua kali untuk melangkau ke runut seterusnya. Tekan tiga kali untuk melangkau ke belakang.
Tekan dua kali dan tahan pada tekanan kedua untuk mengimbas ke hadapan melalui runut. Tekan tiga kali dan tahan pada tekanan ketiga untuk mengimbas ke belakang melalui runut.
Ubah kelantangan
Untuk mengawal kelantangan main balik, gunakan butang kelantangan pada kabel RemoteTalk. Untuk mengawal kelantangan panggilan, gunakan kawalan kelantangan pada telefon anda.
Tekan dan lepaskan butang kelantangan tinggi atau tekan dan tahan untuk meninggikan kelantangan secara berterusan.
Tekan dan lepaskan butang kelantangan rendah atau tekan dan tahan untuk merendahkan kelantangan secara berterusan.
Jawab panggilan
Untuk menjawab panggilan telefon, guna butang tengah pada kabel RemoteTalk:
Tekan sekali untuk menjawab atau menamatkan panggilan.
Tekan sekali untuk menjawab panggilan masuk kedua dan menunda panggilan yang pertama. Apabila terdapat dua panggilan aktif, tindakan ini akan menukar antara kedua-dua panggilan tersebut.
Tekan dan tahan selama 1 saat untuk menolak panggilan masuk.
Tekan dua kali untuk berhenti mendengar menerusi fon telinga dan menghantar panggilan ke telefon.
Kawalan bebas tangan
Untuk mengaktifkan Siri pada peranti iOS anda atau ciri perintah suara pada peranti lain, tekan dan tahan butang tengah pada kabel RemoteTalk sehingga anda mendengar bunyi loceng, kemudian sebut perkara yang anda perlukan.
Set semula fon telinga anda
Tahan dua butang ini selama 10 saat:
Butang kuasa
Butang kelantangan rendah
Apabila lampu penunjuk LED berkelip, lepaskan butang itu. Fon telinga anda kini telah diset semula dan boleh disediakan dengan peranti anda sekali lagi.
Ketahui lebih lanjut
Gunakan app Beats untuk Android.