Tambah, keluarkan atau susun semula lokasi dalam senarai cuaca anda pada Mac
Anda boleh menambah berbilang lokasi pada senarai cuaca anda untuk menjejak keadaan cuaca di kawasan berbeza di seluruh dunia.
Tambah lokasi pada senarai cuaca anda
Dalam app Cuaca pada Mac anda, masukkan lokasi dalam medan carian.
Dalam hasil carian, klik lokasi yang anda mahu lihat.
Klik butang Tambah di sebelah kiri medan carian untuk menambah lokasi ke senarai cuaca anda.
Untuk mengosongkan medan carian, klik butang Tutup .
Keluarkan lokasi daripada senarai cuaca anda
Dalam app Cuaca pada Mac anda, klik dalam bar alat untuk menunjukkan senarai cuaca kepada anda.
Control-klik lokasi dalam bar sisi, kemudian klik Padam.
Anda juga boleh meleret ke kiri dengan dua jari pada trackpad atau satu jari pada tetikus, kemudian klik butang Sampah .
Anda juga boleh mengeluarkan lokasi yang anda baru tambah dengan mengklik butang Ditambah di sebelah kiri medan carian.
Susun semula lokasi dalam senarai cuaca anda
Dalam app Cuaca pada Mac anda, klik dalam bar alat untuk menunjukkan senarai cuaca kepada anda.
Seret lokasi ke kedudukan lain dalam senarai.
Senarai lokasi anda kekal terkini merentas peranti anda yang anda mendaftar masuk dengan Apple ID yang sama.