Pintasan papan kekunci dalam Cuaca pada Mac
Dalam app Cuaca pada Mac, anda boleh menyelesaikan banyak tugas dengan cepat menggunakan pintasan papan kekunci. Lihat pintasan di bawah, serta dalam menu Cuaca dalam bar menu. Dalam menu app, pintasan papan kekunci diwakili oleh simbol.
Nota: Pintasan papan kekunci dalam app mungkin berbeza bergantung pada bahasa dan tataletak papan kekunci yang anda gunakan pada Mac anda. Jika pintasan di bawah tidak berfungsi seperti yang anda jangkakan, cari dalam menu app dalam bar menu untuk melihat pintasan yang betul. Anda juga boleh menggunakan Pemapar Papan Kekunci untuk melihat tataletak papan kekunci semasa anda, yang dikenali sebagai sumber input.
Tindakan | Pintasan papan kekunci atau gerak isyarat |
---|---|
Buka Seting | Command-Koma (,) |
Tambah lokasi dipratonton pada senarai anda | Shift-Command-L |
Kembangkan/Runtuhkan peta cuaca | Command-K |
Pergi ke lokasi semasa | Command-L |
Cari lokasi | Command-F |
Tutup tetingkap | Command-W |
Minimumkan tetingkap | Command-M |
Masuk skrin penuh | Fn-F |
Sembunyikan Cuaca | Command-H |
Sembunyikan lain | Option-Command-H |
Keluar daripada Cuaca | Command-Q |