Kategori Pengecaman VoiceOver, Utiliti VoiceOver pada Mac
Gunakan anak tetingkap Pengecaman VoiceOver dalam Utiliti VoiceOver untuk mendayakan VoiceOver bagi menerangkan imej dalam app dan pada tapak web menggunakan kepintaran pada peranti untuk meningkatkan kebolehcapaian.
Untuk membuka Utiliti VoiceOver, tekan Command-F5 untuk aktifkan VoiceOver, kemudian tekan VO-F8.
Buka Utiliti VoiceOver untuk saya
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver. Lihat Gunakan pengubah suai VoiceOver.
Pilihan | Perihalan |
---|---|
Perihalan Imej | Pilih kotak semak untuk mendayakan VoiceOver bagi menerangkan imej dalam app dan pada tapak web menggunakan kepintaran pada peranti untuk meningkatkan kebolehcapaian. Untuk mendengar perihalan, tekan VO-Shift-L apabila kursor VO berada pada imej. Kali pertama anda memilih kotak semak, anda mesti bersambung ke internet supaya fail yang menyokong Pengecaman VoiceOver boleh dimuat turun. Penting: Pengecaman VoiceOver tidak seharusnya diharapkan dalam keadaan yang anda mungkin disakiti atau tercedera, dalam situasi berisiko tinggi, untuk menavigasi, atau untuk diagnosis atau rawatan sebarang keadaan perubatan. |