![](https://help.apple.com/assets/59D1B206680CE205240B6B82/59D1B207680CE205240B6B89/ms_MY/a7b42570fd1687e04b8d2fbdbb958ea9.png)
Jeda atau senyapkan pertuturan
Jedakan VoiceOver buat sementara waktu apabila ia bercakap, atau terus senyapkannya.
Nota: VO mewakili pengubah suai VoiceOver.
Jeda atau teruskan pertuturan: Terdapat beberapa cara untuk mengawal pertuturan:
Tekan kekunci Control.
Apabila pengubah suai VoiceOver adalah kekunci Caps Lock, tekan kekunci itu.
Apabila Pemerintah Trackpad didayakan, ketik dengan dua jari pada trackpad.
Senyapkan pertuturan: Anda boleh melaraskan kelantangan pertuturan VoiceOver, ke tahap menyenyapkannya, dengan menekan VO-Command-Shift-Anak Panah Kanan sehingga anda mendengar Kelantangan, kemudian menekan VO-Command—Shift-Anak Panah Bawah berulang kali.
Sebagai alternatif, buka Utiliti VoiceOver (tekan VO-F8 apabila VoiceOver diaktifkan), klik kategori Pertuturan, klik Suara, kemudian pilih kotak semak.
Jika anda mengalihkan kursor VoiceOver selepas pertuturan dijedakan, VoiceOver mula bercakap item yang ada dalam kursor VoiceOver.