Perintah VoiceOver yang baru dan diubah
VoiceOver dalam macOS High Sierra mengandungi beberapa perintah yang baru dan diubah. VO mewakili pengubahsuai VoiceOver .
Nota: Apabila VoiceOver aktif, anda boleh memasukkan perintah VoiceOver menggunakan kekunci Fn dan nombor dengan pengubah suai VoiceOver, sebagai alternatif menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12). Sebagai contoh, untuk membuka Utiliti VoiceOver anda boleh menekan Control-Option-Fn-8 (berbanding Control-Option-F8).
Jika anda menggunakan kekunci fungsi (F1 sehingga F12), anda mungkin perlu tekan dan tahan kekunci Fn, bergantung kepada bagaimana anda setkan perilaku kekunci fungsi dalam keutamaan Papan Kekunci.
Perintah baru
VO-Shift-L | Terangkan teks yang muncul dalam imej (walaupun imej belum beranotasi) |
VO-Shift-Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan Jika Quick Nav didayakan, tekan Shift-Anak Panah Kanan atau Anak Panah Kiri. | Menavigasi tanpa berinteraksi dengan kumpulan pada halaman web secara automatik |
Perintah yang ditukar
VO-Command-Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan | Kitar melalui seting navigasi (seperti perkataan atau aksara) dalam rotor |
VO-Command-Shift-Anak Panah Kiri atau Anak Panah Kanan | Kitar melalui seting pertuturan (seperti suara, kadar atau pic) dalam rotor |
VO-Command-Shift-Anak Panah Atas atau Anak Panah Bawah | Tambah dan kurangkan seting pertuturan semasa (seperti suara, kadar atau pic) dalam rotor |