
Padam rakaman pada Mac
Anda boleh memadamkan rakaman yang anda tidak perlukan lagi.
Penting: Apabila anda memadamkan rakaman secara kekal, ia dikeluarkan daripada semua peranti Apple anda yang didaftar masuk ke Akaun Apple yang sama.
Padam rakaman
- Pergi ke app Memo Suara  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Pilih rakaman yang anda ingin padam, kemudian klik  atau tekan Delete. atau tekan Delete.- Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, anda boleh meleret kiri dengan dua jari pada rakaman, kemudian klik  . .- Melainkan anda mengesetkan pilihan untuk mengosongkan rakaman dipadam serta-merta, rakaman tersedia untuk tempoh masa yang ditentukan dalam folder Terbaru Dipadam, yang terletak dalam bar sisi folder. Lihat Tukar seting. 
Pulihkan rakaman daripada Terbaru Dipadam
- Pergi ke app Memo Suara  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik  untuk membuka bar sisi folder. untuk membuka bar sisi folder.
- Pilih Terbaru Dipadam, kemudian pilih rakaman yang anda mahu pulihkan. 
- Klik butang Pulihkan di bahagian penjuru kanan atas, kemudian klik Pulihkan Rakaman. - Untuk memulihkan semua rakaman yang telah dipadamkan, klik Pulihkan Semua di bahagian bawah pustaka. 
Padamkan rakaman secara kekal daripada Terbaru Dipadam
- Pergi ke app Memo Suara  pada Mac anda. pada Mac anda.
- Klik  untuk membuka bar sisi folder. untuk membuka bar sisi folder.
- Pilih Terbaru Dipadam, kemudian pilih rakaman yang anda mahu padamkan secara kekal. 
- Klik Padam di bahagian penjuru kanan atas, kemudian klik Padam Selama-lamanya. - Jika anda mempunyai trackpad atau Magic Mouse, leret kiri dengan dua jari pada rakaman, kemudian klik Padam. - Untuk memadamkan semua rakaman yang telah dipadamkan, klik Padam Semua di bahagian bawah pustaka.