
Urus pemberitahuan untuk app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima atau terus nyahaktifkannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple
> Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuandalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik TV, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk diterima atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik butang Bantuan
di penjuru tetingkap.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada app Apple TV: Nyahpilih Benarkan Pemberitahuan (butang dimalapkan).
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada app Apple TV apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.