Urus pemberitahuan untuk app Apple TV pada Mac
Dalam app Apple TV pada Mac anda, kawal jenis pemberitahuan yang anda terima atau terus nyahaktifkannya.
Pada Mac anda, pilih menu Apple > Seting Sistem, kemudian klik Pemberitahuan dalam bar sisi (anda mungkin perlu skrol ke bawah).
Pergi ke Pemberitahuan Aplikasi di sebelah kanan, klik TV, kemudian lakukan satu daripada berikut:
Tukar pemberitahuan: Setkan pilihan, seperti gaya pemberitahuan untuk diterima atau tempat untuk menunjukkannya. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang pilihan, klik butang Bantuan di penjuru anak tetingkap.
Nyahaktifkan semua pemberitahuan daripada app Apple TV: Nyahpilih Benarkan Pemberitahuan (butang dimalapkan).
Nota: Untuk memaparkan pemberitahuan daripada app Apple TV apabila Fokus aktif, anda mesti membenarkan pemberitahuan kelihatan. Lihat Sediakan Fokus.