Tonton bersama-sama menggunakan SharePlay pada Mac
Dengan SharePlay, anda boleh menonton filem atau rancangan dengan sesiapa sahaja, di mana-mana sahaja. Anda boleh memulakan panggilan FaceTime pada Mac anda, kemudian mula menonton filem atau rancangan yang dimainkan secara selaras dengan semua orang pada panggilan. Semua orang boleh mengawal main balik daripada peranti mereka—jadi anda dan rakan anda boleh ketawa, menangis, menjerit, atau mengeluh pada masa yang sama.
Nota: Sesetengah app yang menyokong SharePlay memerlukan langganan. Jika anda menonton filem atau rancangan TV yang dibeli, semua peserta SharePlay mestilah juga membeli item untuk menontonnya bersama-sama. FaceTime, atau sesetengah ciri FaceTime dan perkhidmatan Apple lain mungkin tidak tersedia di semua negara atau rantau.
Mulakan atau sertai SharePlay
Anda boleh memulakan atau menyertai SharePlay daripada Mac anda dan tonton dalam app Apple TV sementara meneruskan panggilan anda dalam app FaceTime.
Mulakan atau jawab panggilan dalam app FaceTime pada Mac anda.
Mula menonton filem atau rancangan dalam app Apple TV pada sama ada Mac anda atau peranti pemanggil lain.
Jika digesa, klik Lihat untuk membuka app TV pada Mac anda, kemudian klik Sertai.
Video dimainkan secara selaras pada semua peranti pada panggilan FaceTime. Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti masing-masing untuk memainkan, menjedakan, memutarkan kembali atau memajukan pantas dalam masa nyata.
Untuk meninggalkan panggilan FaceTime, klik ikon SharePlay dalam bar menu, kemudian klik butang Tutup di penjuru kanan atas.
Hantar perkara yang anda tonton dalam SharePlay ke Apple TV
Jika anda telah mula menonton filem, rancangan atau video muzik pada Mac anda semasa SharePlay, anda boleh menghantarnya ke Apple TV yang bersambung ke rangkaian yang sama untuk menikmati perkara yang anda tonton pada skrin besar.
Mulakan atau sertai panggilan FaceTime pada Mac anda.
Semasa panggilan, buka app penstriman video yang menyokong SharePlay (seperti Apple TV atau app Muzik) pada Mac anda.
Ketik butang Main dalam app penstriman video.
Pada Mac anda, alihkan penuding untuk menunjukkan kawalan main balik, klik , kemudian pilih Apple TV yang anda mahu gunakan untuk menonton.
Video dimainkan secara selaras pada semua peranti pada panggilan FaceTime. Semua orang boleh menggunakan kawalan main balik pada peranti masing-masing untuk memainkan, menjedakan, memutarkan kembali atau memajukan pantas dalam masa nyata.
Nota: Pemberitahuan SharePlay dan akses ke kawalan daripada Pusat Kawalan pada Apple TV tidak tersedia apabila menstrim daripada Mac.