Pengubahsuaian kawalan ini akan memuatkan semula halaman ini
Setkan bahasa audio untuk item yang dimuat turun dalam app Apple TV pada Mac
Apabila anda memuat turun item, bahasa audio lalai ialah bahasa sistem yang anda setkan dalam macOS. Anda boleh memuat turun bahasa audio tambahan dalam seting app Apple TV.
Pergi ke app Apple TV pada Mac anda.
Pilih TV > Seting, kemudian klik Main Balik.
Klik di bahagian bawah senarai Muat Turun Bahasa Audio.
Nota: Jika dimalapkan, pilih pilihan yang berbeza daripada menu timbul Pilihan Muat Turun.
Pilih bahasa diutamakan untuk ditambah daripada senarai, atau cari bahasa menggunakan medan Cari, kemudian pilih hasil carian.
Klik Tambah.
Apabila anda sudah selesai, klik OK.
Untuk mengeluarkan bahasa daripada senarai, pilihnya dan klik .